ARBITRATION TRIBUNAL adalah nama asal yang di perkenalkan bermula pada 1 hb Jun 1980. Ketika itu Malaysia masih mengguna pakai Akta Timbangtara 1952 (semakan 1971). Dalam masa yang sama sebuah agensi rujukan di bawah naungan Suruhanjaya bagi Perdagangan Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCITRAL) baru sahaja dibentuk di Malaysia dan Kuala Lumpur menjadi pangkalan kepada Pusat Timbangtara Serantau pada tahun 1979 dan mengguna- pakai UNCITRAL Arbitration Rules 1976 bagi mengendalikan kes- kes pertikaian perdagangan antarabangsa bagi Asia dan Pasifik. Orang pertama mengetuai pusat tersebut ialah Yang Arif Dato’ Zakaria Yatim dari Jabatan Peguam Negara.

Y. Bhg Dato’ Munsyi Muslim Bin Yacob 

Lanjutan daripada itu sebuah Institusi Timbangtara Tetap yang dikenali sebagai Tribunal Timbangtara Kuala Lumpur di asaskan oleh Yayasan Semai (Semai Faundation) melalui Setiausaha Koporat dan Pengarah Pendidikan & Khidmat Masyarakat iaitu Y.Bhg Dato’ Munsyi Muslim Bin Yacob sekembalinya daripada London. Sebelum itu beliau menghadiri seminar dan mempelajari tentang proses timbangtaraan di Chartered Institute of Arbitrators, England, sebaik sahaja institusi itu menerima ‘Piagam Di Raja’ daripada YMM Baginda Queen Elizabeth 11 dalam tahun 1979 dan serentak dengan itu juga Akta Timbangtara 1950 (British) di pinda oleh Parlimennya.Yang Amat Arif Lord Sir John F. Donaldson, Ketua Hakim England adalah Presiden bagi Chartered Institute of Arbitrators sebaik di perbadankan dengan Piagam Di Raja (Royal Charter).

Arbitrasi / Timbangtara di Malaysia mulai ditonjolkan oleh Y. Bhg Dato’ Munsyi Muslim Bin Yacob sejak tahun 1980 apabila beliau di terima masuk sebagai Ahli The Chartered Institute of Arbitrators, United Kingdom pada 20 hb Mei 1980 di dalam suatu sidang khas di dalam Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London (London Court of International Arbitration) di hadapan Y.A.A Lord Sir John F. Donaldson, Ketua Hakim England. Beliau adalah calun tunggal yang terpilih ketika itu.
Atas syor yang dibuatnya maka suatu Institusi Timbangtara Tetap di bentuk oleh Yayasan Semai yang bertindak sebagai ‘Pihak Berkuasa Mentadbir’ dengan di bantu oleh organisasi-organisasi berperlembagaan (Constituent organizations) yang ketika itu ialah Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia, National Council of The Justices of the Peace Malaysia dan Dewan Perniagaan India Malaysia. Pertubuhan Akitek Malaysia, Institution of Engineers Malaysia dan Institute Juru-ukor Malaysia, dan lain –lain Pertubuhan.
PANEL  PENIMBANGTARA
TEMPAT RUJUKAN DAN BICARA
PENGALAMAN DAN KES-KES RUJUKAN YANG LALU
Establishmen Tribunal Timbangtara Malaysia
mempunyai suatu pasukan penimbangtara Profesional yang diiktiraf dan mereka disenaraikan sebagai Panel Berkelayakan. Lazimnya mereka dicalonkan oleh Establishmen Tribunal ini yang juga pihak berkuasa melantik (Appointing Authority). Pihak- pihak yang bertikai boleh juga memohon untuk memilih Penimbangtaranya dari kalangan panel ini yang mewakili semua sektor.
Ketika ini Establishmen Tribunal Timbangtara menyediakan suatu tempat rujukan dan bicara yang sama seperti Mahkamah Kecil untuk mengendalikan semua kes-kes rujukan timbangtara. Tempat ini dilengkapi dengan Pejabat Pentadbiran,  Kamarcara Presiden dan Bilik Bicara yang di pasangkan dengan alat pembesar suara. Kakitangan pembantu dan pengawal keselamatan di tugaskan sepenuh masa bagi melayani kehadiran pihak-pihak.
Sepanjang Tribunal Timbangtara ini di tubuhkan sejak tahun 1980, lebih kurang 500 kes timbangtara telah dirujuk kepadanya dan dalam berbagai bentuk pertikaian. Biasanya pertikaian yang berbangkit adalah mengenai tuntutan sewa rumah / kedai, pertikaian mengenai pemegang saham dan halehwal syarikat, pembelian barangan tak bermutu, pertikaian majikan / pekerja,  pertikaian keluarga angkat, pertikaian pinjaman bank dan pembiayaan kenderaan, pertikaian sewa tanah / pajakan,  suratkuasa wakil, pembelian rumah lewat serah dan kerosakan, pertikaian penjaja dan pihak berkuasa bandaran, pertikaian perkongsian dan usahasama, pertikaian mengenai hutang-piutang dan lain-lain.
 
 
 
For More Information, Please mail us: admin@arbitral-mate.org
© Copyright 2009 Malaysia Arbitral Tribunal Establisment. All Rights Reserved.