Garis Panduan Bagi Rujukan Timbangtara
Berdasarkan Kaedah – Kaedah MATE 2006

1.  Mana – mana pihak boleh merujukkan apa – apa kes pertikaiannya kepada MATE sama ada perjanjian bertulis dibuat lebih awal dan sama ada perjanjian itu memperuntukkan suatu fasal timbangtara atau tidak. 

2.  Dalam mana – mana rujukan kepada MATE atau Penimbangtara, mana – mana pihak boleh memohon untuk rujukan kepada MATE melalui suatu borang khas yang dikenali sebagai Borang MATE / KL – 05 / 2006 dengan menyertakan bayaran tidak kurang daripada  RM 10.00.   

3.   Jika tiada perjanjian dibuat, salah satu pihak hendaklah menulis suatu notis kepada yang satu lagi dengan menyatakan hasratnya untuk merujuk pertikainnya kepada MATE dengan memberikan tempoh di antara 7 hingga 14 hari untuk menjawab, jika tidak pihak yang satu lagi akan dianggap telah mengetepikan haknya untuk membantah kaedah, No. 18 (3) dirujuk.  

 4.   Jika Pendaftar atau Penolong Pendaftar Kanan  berpuas hati ada merit untuk pertikaian itu diteruskan, maka suatu arahan meminta suatu Afidavit tuntutan dimasukkan untuk pertimbangan MATE dengan menyatakan dengan jelas perkara tuntutan dan remedynya. 

 5.   Setelah pihak MATE bersetuju dengan kandungan Afidavit pihak Penuntut, maka Presiden atau wakilnya akan menulis surat kepada pihak Reponden bagi mendapatkan persetujuannya dengan mengirimkan Afidavit tersebut dan meminta Responden menjawab dalam tempoh 14 hari, jika tidak Responden hilang hak membantah dan akan dianggap terikat dengan tindakan Presiden atau wakilnya.

 6.  Pihak MATE melalui Presiden nya akan memilih atau melantik seorang Penimbangtara dari senarai Panel yang berkelayakan bagi mendengar sebarang rujukan tanpa prasangka atau berat sebelah. 

7.  Suatu notis pendengaran akan dikeluarkan sebaik sahaja pihak Penuntut memfailkan tuntutanya mengikut format yang ditetapkan didalam prosedur timbangtara MATE selaras dengan Kaedah – Kaedah MATE edisi 2006 dan Akta Timbangtara 2005 yang mana terpakai.

8.   Tuntutan yang melibatkan faedah kewangan yang nyata dibawah RM 50, 000.00 pihak – pihak tidak dibenarkan menempah khidmat guaman. Mereka hendaklah hadir sendiri dihadapan Penimbangtara mengemukakan kesnya dan berhujah. Bagaimanapun  Peguamcara dan Peguambela hanya dibenarkan hadir jika amaun tuntutan melebihi RM 50, 000.00 atau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Rayuan bagi menguatkuasakan Award atau mencabar keputusannya. 

9.   Mana – mana pihak boleh memfailkan kes rujukanya di Pejabat Pendaftar MATE untuk tindakan ADR atau Tribunaldan mendapatkan nasihat teknik daripada Pegawai undang – undang MATE atau Penolong Pendaftar Kanan. 

10. Bayaran hendaklah dibuat bagi setiap kes yang dirujuk dan ditetapkan dan hendaklah dibayar tunai atau cek / money order yang mana nasihat boleh didapati daripada Kamar Penolong Pendaftar Kanan MATE. 

11.  Pihak – Pihak di ingatkan bahawa adalah menjadi dasar MATE tidak akan mendedahkan nama atau “ personality ” seseorang yang bakal di lantik oleh Presiden MATE sebagai Penimbangtara / Arbiter / Mediator sehingga semua urusan rujukan yang menjadi prinsip asas nya selesai. Semua pihak tidak boleh mengenali Penimbangtara / Arbiter bagi memastikan keadilan tercapai.                                                                           

 12.  Pihak Penimbangtara / Arbiter / Mediator tidak terlibat dalam sebarang perhubungan dengan mana – mana pihak dan tidak mencampuri sebarang urusan pentadbiran pejabat MATE. Hanya MATE yang akan menghubungi pihak – pihak dan menentukan segala kos dan fee, manakala Penimbangtara / Arbiter / Mediator menumpukan perhatian bagi mengendalikan Pendengaran / Perbicaraan sahaja. MATE tidak membenarkan mana – mana pihak membincang kes masing – masing di hadapan Presiden. Mereka hanya boleh menfailkan kes untuk diteliti melalui kerani kaunter dan hanya boleh menemui Penolong Pendaftar Kanan di kamarnya atas permintaan atau temujanji. 

13. Rukukan kes yang melibatkan kehadiran Peguam hendaklah dibuat di dalam Borang MATE .07 (Memorandum Perwakilan) yang di failkan oleh Peguam masing - masing pihak dengan bayaran memfail RM 10.00 tunai.

14. Bayaran memfail bagi Penyataan Tuntutan ialah RM 30.00 manakala Penyataan Pembelaan ialah RM 10.00 sahaja. Lain-Lain bayaran sila rujuk kepada Pejabat Pendaftar MATE.

15. Penyataan mengenai kos dan fee yang berkaitan dengan sebarang rujukan boleh di kemuka kan kepada:-

Penolong Pendaftar Kanan
(Unit Rujukan & Pendaftaran)
Arbitrasi & A.D.R Kuala Lumpur
Establishmen Tribunal Timbangtara Malaysia (MATE)
No. 23-2 Lorong 6A/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Cheras, Kuala Lumpur.
Tel: 03 - 9283 6399  Fax: 03 - 9283 4444
 
 
 
 
For More Information, Please mail us: admin@arbitral-mate.org
© Copyright 2009 Malaysia Arbitral Tribunal Establisment. All Rights Reserved.