FAKTA HUJAHAN MENGENAI KEWUJUDAN "MATE"
  1. MALAYSIAN ARBITRAL TRIBUNAL ESTABLISHMEN adalah sebuah   pusat atau agensi perujukan ( referral agency ) yang di bentuk dengan persetujuan dan mandat serta autoriti Badan – Badan Konstituen ( Constituent Organizations ) iaitu pertubuhan – pertubuhan berdaftar sama ada dalam bentuk di perbadankan atau tidak.
  2. Badan – Badan Konstituen adalah juga penaung kepada Establishmen yang di bentuk itu dan menjadi subskriber kepada kewujudan agensi perujukan ( referral agency ) dan sama seperti suatu Jabatan atau Bahagian di dalam sesuatu organisasi.
  3. ESTABLISHMEN adalah suatu nama panggilan yang merujuk kepada agensi berkenaan dan bukan lah suatu ‘entity perundangan’. Ia samalah juga seperti kedudukan sesebuah pertubuhan berdaftar yang tidak ada “ legal entity ’.
  4. Bagaimana pun dengan menjenamakan suatu bidang perkhidmatan untuk mudah dikenali    dan diiktiraf, jawatankuasa penggelola melalui wakilnya membuat permohonan pada tahun 2007 untuk mendaftar dan melindungi suatu jenama resmi nya sama seperti suatu produk yang mana cap dagangan nya telah diberikan hak perlindungan sebagai harta intelek dan diberikan kelulusan dan nama itu ialah MATE ( Malaysian Arbitral Tribunal Establishmen ) iaitu nama singkatan manakala nama penuh nya adalah juga “ Trade Mark ” yang berdaftar dan dilindungi di dalam Kelas 45 Akta Cap Dagangan. Nama ini juga di gazetkan didalam Warta Kerajaan untuk makluman orang ramai.
  5. MATE mula di ujudkan melalui suatu resolusi yang di buat oleh Lembaga Pengarah Perkhidmatan Vigilante-PTCM iaitu pihak penaja MATE yang mengambil-alih urusan pentadbiran buat sementara waktu menggantikan Jemaah Kebangsaan Jaksa-Jaksa Pendamai Malaysia yang juga bertindak sebagai Pemegang Amanah Kawalan (Custodian Trustees).
  6. Badan-Badan Konstituen (Constituen Organisations) adalah komponan badan-badan atau pakatan dari beberapa pertubuhan yang bersetuju menjadi anggota pengelolaan untuk membentuk sesuatu “Establishment” samaada Establishment itu di perbadan kan atau tidak. Yang demikian persoalan tentang pendaftaran tidak berbangkit kerana ini adalah fakta dan amalan biasa mengikut “Common Law”. Mengikut tafsiran Oxford Dictionary’ istilah “Constituent” bermaksud one of the parts that form the whole thing. Inilah fakta dan ‘reality’ di sisi undang-undang yang perlu difahami oleh semua pihak terutama pengamal undang-undang dan pentadbir yang sering berhujah atas isu-isu remeh-temeh, tidak akademik dan berfikiran sempit. 

 

 
 
 
 
For More Information, Please mail us: admin@arbitral-mate.org
© Copyright 2009 Malaysia Arbitral Tribunal Establisment. All Rights Reserved.