Pengumuman
Establishmen Tribunal Timbangtara Malaysia (Malaysian Arbitral Tribunal Establisment) atau jenama cap dagangannya iaitu MATE telah digazetkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 26hb Feb 2009 mengikut Jilid 53 No.5 Tambahan TMA No.4 dibawah pendaftaran No. 07025446 bertarikh 27hb Disember 2007 dalam kelas No.45.
 
 Lambang ESTABLISHMEN TRIBUNAL TIMBANGTARA - MATE dengan cogan kata : TEGAS DAN SAKSAMA telah didaftarkan sebagai suatu lambang perkhidmatan yang menjadi cap dagangannya telah digazetkan pada 10hb September 2009 mengikut Jilid 53 No.19 Tambahan TMA No.20 dibawah pendaftaran No.07019320 bertarikh 1hb Oktober 2007 dalam kelas No.45.
 
NOTIS DENGAN INI DIKELUARKAN bahawa mana-mana orang atau badan yang secara langsung atau tidak menggunakan dengan apa cara sekali pun perkataan -perkataan MATE atau Malaysian Arbitral Tribunal Establishment ataupun Establishmen Tribunal Timbangtara Malaysia tanpa sebarang kebenaran atau izin bagi mengguna pakai mana-mana salah satu jenama tersebut akan menghadapi tindakan undang-undang sama ada guaman sivil atau pendakwaan jenayah.
 
Kedua-dua jenama tersebut adalah harta intelek yang didaftar di Malaysia dibawah Akta Cap Dagangan 1976 ( Akta 175 ).
Bagaimanapun kecualian hanya diberi kepada pihak-pihak tertentu sama ada individu atau Institusi yang ingin dan bercadang untuk menjalankan prosiding timbangtara dengan menggunakan perkataan : " Tribunal Timbangtara atau Arbitral Tribunal " sebagai mana diperuntukan oleh undang-undang dibawah Akta Timbangtara 2005. DENGAN SYARAT perkataan-perkataan tersebut merujuk kepada Timbangtara secara Adhoc sahaja dan tidak rujuk kepada MATE iaitu sebuah Institusi Tetap Timbangtara.
 
 
MALAYSIAN ARBITRAL TRIBUNAL ESTABLISHMENT ( MATE )
Ditubuhkan dibawah MATE Rules 2006 Edition ( Revised 2007 )
 

 

 
 
 
 
For More Information, Please mail us: admin@arbitral-mate.org
© Copyright 2009 Malaysia Arbitral Tribunal Establisment. All Rights Reserved.