Apakah Timbangtara Itu?
Timbangtara (Arbitration) mempunyai maksud yang agak unik. Ia tidak mempunyai maksud yang spesifik dan mempunyai hujah berlainan di segi guaman. Walaupun istilah ini merupakan istilah ‘undang-undang’, namun di lain negara maksud dan pemakaiannya agak berbeza. Dalam bahasa Inggeris ia disebut ‘Arbitration’ dalam istilah liberal Melayu dan Indonesia ia boleh disebut sebagai ‘Arbitrasi’ dan dalam bahasa Arab lazim disebut ‘Tahkeem’ dan dalam kata lain yang mudah ia boleh juga disifatkan kepada suatu ‘pihak orang tengah’ atau ‘pengantara’. Walau apa pun istilahnya ia tetap mempunyai maksud untuk suatu penyelesaian kepada pihak ketiga atau untuk suatu rujukan muktamad atau suatu ‘submission’ atau kemasukan bagi suatu cara penyelesaian  atau keputusan muktamad.
Siapakah Penimbangtara?
Penimbangtara  (Arbitrator) atau penimbangcara (Arbiter) ialah suatu istilah jawatan atau profesyen seseorang yang dilantik sebagai pihak yang berkuasa mendengar, membicarakan dan membuat keputusan muktamad bagi kes-kes pertikaian yang dirujuk di hadapannya. Istilah Arab ialah Hakam. Dalam kes-kes pertikaian penimbangtara duduk bersidang dan bertindak secara kehakiman bagi memutuskan atau menentukan bentuk pertikaian yang boleh diselesaikannya seperti sebuah mahkamah. Selain Penimbangtara, pihak ‘Mediator’ atau orang tengah juga mempunyai peranan dan fungsi yang sama seperti Penimbangtara. Begitu juga mereka yang bertindak sebagai Perantara atau ‘Neutral’ bagi menyelesaikan kes-kes yang agak mudah atau ringan melalui konsep ‘Alternative Dispute Resolution’atau Penyelesaian Pertikaian Alternatif. Dengan kata lain iaitu menyelesaikan pertikaian melalui cara rundingan dan mengatasi perselisihan dengan cara yang mudah diterima dan di setujui oleh semua pihak. Adalah menjadi amalan dan prinsip bahawa semua pihak yang dilantik untuk bertindak sama ada sebagaiPenimbangtara, Mediator atau Perantara mestilah bebas daripada prasangka, tiada sebarang kepentingan di dalam pertikaian yang dikendalikannya dan berwibawa selaras dengan kehendak Kanun Tata Kelakuan Profesional (Code of Conduct).
Apakah Jenis Pertikaian Yang Boleh Dirujuk?
Apa jua bentuk pertikaian sivil atau Torts selain dari kes jenayah boleh dirujuk kepada Tribunal Timbangtara ini tidak kira kecil atau besar jumlah tuntutannya.

Contohnya seperti melanggar kontrak / perjanjian bertulis atau menuntut kerugian kerana kehilangan hak keatas suatu harta alih atau tak alih. Menyebabkan kerosakan / kerugian dalam perniagaan akibat perbuatan / kecuaian orang lain. Salah- laku pengurusan menyebabkan kerugian kewangan yang bukannya akibat pecah amanah. Tuntutan pampasan pekerja, perlindungan insuran diri, kesihatan dan kemalangan akibat musibah dan kecuaian pihak lain. Tuntutan bayaran pembinaan atau pengubahsuaian, pembangunan projek bangunan, jalanraya dan jambatan atau kerugian kerana pembelian barangan yang rendah mutunya atau bekalan yang diterima adalah palsu boleh jiga dirujuk. Selain itu pertikaian mengenai dagangan, perkapalan dan khidmat kargo, penerbangan dan pelancongan yang melanggari apa-apa syarat, perjanjian atau tawaran boleh juga dirujuk kepada Tribunal Timbangtara ini.

Skop bagi rujukan Timbangtara ini amat luas pemakaiannya dan meliputi pertikaian industritelekomunikasi, perkilangan, penggunaan (Consumerism), industri pemakanan (food Industry), pertikaian majikan dan pekerja dan lain-lain pertikaian kecil yang tidak melibatkan jenayah.

Siapa Yang Boleh Merujuk?
Sesiapapun boleh membawa kesnya untuk rujukan timbangtara samaada nelayan, orang awam, orang kurang upaya, kanak-kanak di bawah jagaan, para pengguna, peniaga, peguam, wakil rakyat, warganegara Malaysia atau warganegara asing yang bermastautin di negara ini termasuk pihak Kerajaan Pusat danNegeri.
Apakah Undang-Undang Yang Terpakai Bagi Rujukan Ini?
Lazimnya di Malaysia, kita akan menggunakan suatu Akta baru yang dikenali sebagai Akta Timbangtara 2005. Selain itu jika kes-kes itu melibatkan pertikaian antarabangsa, pihak-pihak terlibat boleh mengguna pakai UNCITRAL Rules 1976 iaitu suatu undang-undang Timbangtara Antarabangsa atau Rules of KL Regional Centre for Arbitration. Bagi kes-kes domestik atau tempatan (dalam negeri) Kaedah-Kaedah Establishmen Tribunal Timbangtara Malaysia 2006 adalah terpakai. Undang-undang kecil ini diiktiraf oleh kebanyakan pertubuhan perdagangan dan profesional dalam negara. Bagaimanapun Establishmen Tribunal Timbagtara ini hanya melayani kes-kes dalam negeri (Domestic) sahaja.
 
Siapakah Pihak Berkuasa Melantik?
Establishmen  Tribunal Timbangtara melalui Presidennya adalah pihak berkuasa melantik (Appointing Authority) yang berwibawa bagi semua bentuk pertikaian. Selain itu organisasi perlembagaan (Constituent Organizations) juga boleh bertindak sebagai pihak berkuasa melantik.
Adakah Bayaran / Kos Dikenakan?
Ya! bayaran rujukan kepada Tribunal Timbangtara dan perlantikan Penimbangtara dikenakan dan kos dibayar sebaik sahaja kes rujukan diterima dan disahkan ada merit untuk rujukan timbangtaraan.

Bayaran memfail kes dan kos timbangtara dikenakan berdasarkan jumlah atau nilai tuntutan yang dirujuk. Perkara ini boleh dirujuk untuk butiran lengkap. Sila hubungi Pejabat Pendaftaran kami.

                                                                                                              APPENDIX  ( 3 ) 

               SCHEDULE

( Scale of fees  as referred in these Rules ) 

1.  Reguest for arbitration ( the value of claim less than RM 10, 000.00 )            - RM 10.00

2.  Reguest for arbitration ( the value of claim as between RM 10, 000.00 to

     RM 50, 000.00 )                                                                                       - RM 20.00

3.  Reguest for arbitration ( the value of claim as between  RM 50, 000. 00 to

     RM 250, 000. 00 )                                                                                    - RM 30.00

4.  Reguest for arbitration ( the value of claim as between RM 250, 000. 00

     onwards )                                                                                                - RM 50.00

5.  Filing Fee ( Less than RM 250, 000. 00 )                                                    - RM 20.00

     Filing Fee ( Less than  RM  10, 000. 00 )                                                   - RM 10.00

     Filing Fee ( Exceed  RM 250, 000. 00 )                                                     - RM 50.00

6.  Filing of Afidavit                                                                                        - RM 10.00

7.  Filing of Statement of Claim                                                                      - RM 30.00

8.  Filing of Defence                                                                                      - RM 10.00

9.  Application for Order of Direction                                                               - RM 50.00

10. Any other applications                                                                             - RM 10.00

11. Service of notice ( hand delivery )                                                                 

      in the State of Selangor /                                                                         - RM50.00

      within Kuala Lumpur                                                                                - RM30.00

12. Cost of arbitration proceeding / Award                                                     

      less than RM 50, 000.00                                                                         - RM 500.00      

      RM 50, 000.00 – RM 250, 000.00                                                            -RM1,500.00

      RM 250, 000.00 – RM 500, 000.00                                                          - RM2, 000.00

      RM 500, 000.00 – RM 1 Million                                                               - RM2, 500.00

      RM 1 Million – RM 5 Million                                                                    - RM3, 000.00

      RM 5 Million – RM 10 Million                                                                  - RM5, 000.00 to  RM 10, 000.00

      RM 10 Million and above                                                                                - 01 %

      Security for cost – 50% of the total fees ( negotiable )

      Taxation of cost to be made into court by the parties.
 
 
 
For More Information, Please mail us: admin@arbitral-mate.org
© Copyright 2009 Malaysia Arbitral Tribunal Establisment. All Rights Reserved.