Pihak Berkuasa Mentadbir Dan Jawatankuasa Pengelola
Pentadbiran harian Establishmen Tribunal Timbangtara Malaysia kini diserah untuk ditabir oleh Jemaah Kebangsaan Jaksa-Jaksa Pendamai Malaysia iaitu salah satu daripada anggota Komponen Jawatankuasa Pengelola. Lain-lain pertubuhan ialah Dewan Perniagaan dan Perindsustrian Kebangsaan Malaysia dan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). Selain itu Pemegang Amanah Kawalan (Custodian Trustee) iaitu Perkhidmatan Vigilante PTCM Berhad adalah juga anggota Jawatankuasa tersebut. Fungsi Jawatankuasa Pengelola adalah membuat dasar mengawasi perjalanan Establishmen ini. 
Krisi Perundangan
Pada tahun 1981, Tribunal Timbangtara ini sedang giat mempromosikan skop dan konsep timbangtara ini selaras dengan yang di amalkan di England, maka atas dasar yang sama, Tribunal Timbangtara ini cuba untuk menaikkan tarafnya sama seperti yang di buat oleh London Court of Arbitration. Mereka menggunakan Kaedah-Kaedah (Rules) sendiri bagi proses timbangtara sama seperti yang disyorkan di dalam UNCITRAL Arbitration Rules 1976 dengan beberapa pengubahsuaian. Begitu juga Tribunal Timbangtara ini mempunyai Rules yang di gubal mengikut model Rules of The London Court of Arbitration (LCA Rules) dengan beberapa pindaan kecil.
Rules of The Arbitration Tribunal Kuala Lumpur ini tidak banyak perbezaan dengan Rules of K.L Regional Centre for Arbitration ketika itu. Apa yang menjadi masaalahnya ialah tetakala pihak berkuasa mentadbir Tribunal ini (Yayasan Semai) hendak menukar nama kepada Mahkamah Timbangtara Kuala Lumpur (K.L Court of Arbitration), ada satu pihak yang kalah di dalam perbicaraan timbangtara itu yang kedua-duanya bersetuju merujuk kepada Y. Bhg Dato’ Munsyi Muslim (ketika itu sebagai Pendaftar / Pentadbir Mahkamah) membuat keputusan dan perintahnya, telah dicabar oleh Responden hingga menyebabkan ‘Pertikaian’ yang sepatutnya selesai menjadi hangat apabila di sensasi oleh sebuah akhbar yang cuba memainkan isu tentang ‘Legality’ dan ‘Validity’ Mahkamah Timbangtara dan Perintah di dalam Award Muktamad itu. Bagaimanapun pencabar itu kalah lagi apabila dibawa ke Mahkamah. Akhirnya nama asal Tribunal Timbangtara itu dikekalkan.
 
For More Information, Please mail us: admin@arbitral-mate.org
© Copyright 2009 Malaysia Arbitral Tribunal Establisment. All Rights Reserved.