|
Establishmen Tribunal Timbangtara Malaysia
mempunyai suatu pasukan penimbangtara Profesional yang diiktiraf dan mereka disenaraikan sebagai Panel Berkelayakan. Lazimnya mereka dicalonkan oleh Establishmen Tribunal ini yang juga pihak berkuasa melantik (Appointing Authority). Pihak- pihak yang bertikai boleh juga memohon untuk memilih Penimbangtaranya dari kalangan panel ini yang mewakili semua sektor. |
Ketika ini Establishmen Tribunal Timbangtara menyediakan suatu tempat rujukan dan bicara yang sama seperti Mahkamah Kecil untuk mengendalikan semua kes-kes rujukan timbangtara. Tempat ini dilengkapi dengan Pejabat Pentadbiran, Kamarcara Presiden dan Bilik Bicara yang di pasangkan dengan alat pembesar suara. Kakitangan pembantu dan pengawal keselamatan di tugaskan sepenuh masa bagi melayani kehadiran pihak-pihak. |
Sepanjang Tribunal Timbangtara ini di tubuhkan sejak tahun 1980, lebih kurang 500 kes timbangtara telah dirujuk kepadanya dan dalam berbagai bentuk pertikaian. Biasanya pertikaian yang berbangkit adalah mengenai tuntutan sewa rumah / kedai, pertikaian mengenai pemegang saham dan halehwal syarikat, pembelian barangan tak bermutu, pertikaian majikan / pekerja, pertikaian keluarga angkat, pertikaian pinjaman bank dan pembiayaan kenderaan, pertikaian sewa tanah / pajakan, suratkuasa wakil, pembelian rumah lewat serah dan kerosakan, pertikaian penjaja dan pihak berkuasa bandaran, pertikaian perkongsian dan usahasama, pertikaian mengenai hutang-piutang dan lain-lain. |